Jumat, 21 September 2012

PANDUAN MEMILIH PAKAIAN


REMAJA hari ini memang gemar menampilkan Style pakaian yang menarik dan sentiasa mengikut trend terkini. Tidak kira lelaki maupun perempuan, mereka pasti ingin tampil bergaya di hadapan teman-teman.
Perbagai Fashion boleh digayakan mengikut kesesuaian kesenangan pada pakaian tersebut atau bentuk tubuh namun harus diingat dalam pemilihan baju atau Style pakaian
Terdapat beberapa panduan memilih baju yang sesuai:
1- Untuk remaja, buat pertimbangan bentuk badan sebelum memilih pakaian yang dapat menyembunyikan kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada tubuh.
2- Perhatikan Model pakaian  yang digunakan sesuai atau tidak ketika dipakai saat mengikuti aktivitas yang ingin dihadiri.
3- Sebaiknya hindari penampilan yang berlebihan atau meniru gaya
dewasa, sebaliknya pilih pakaian yang dapat mencerminkan keperibadian positif diri.
4- Pilih pakaian berwarna cerah dan sesuai dengan kulit yang boleh dipadankan dengan warna semula jadi. Misalnya, baju berwarna terang seperti merah dipadankan dengan seluar atau skirt rona hitam atau putih.
5- Cari maklumat di Internet atau majalah mengenai fashion terkini dan jika dipertimbangkan sesuai, boleh mencoba. Misalnya, bagi tubuh berbentuk lurus dan jam pasir, seeloknya pilih baju yang mementingkan bagian pinggang.
Bagi mereka yang berbadan gempal, pemakaian gaun panjang membuatkan anda kelihatan tenggelam.
Jadi, cara selamat pilih gaun yang sederhana panjang dan tidak terlalu ketat.
6- Fashion yang menarik tidak semestinya berharga mahal tetapi mengikut kebijaksanaan teknik sesuai dengan teknik.

Semoga bermanfaat....